Sunday, August 23, 2015

TUGAS PENYELIA


TUGAS PENYELIA

Diantara tugas-tugas Penyelia adalah :


  1. Sentiasa menitikberatkan keselamatan di tempat kerja dan pekerja.
  2. Memberi dan menyediakan ilmu pendidikan kesedaran mengenai keselamatan di semua peringkat di dalam organisasi.
  3. Merancang dan membuat jadual kerja.
  4. Menyusun kumpulan di dalam organisasi secara keseluruhan.
  5. Berkongsi perkhidmatan kakitangan dengan pengurusan lain.
  6. Membuat keputusan di dalam urusan operasi.
  7. Berkomunikasi pada semua peringkat.
  8. Boleh buat laporan tugasan dan operasi.
  9. Membimbing serta kaunseling pada kakitangan bawahan.
  10. Memberi maklumbalas membina.
  11. Sentiasa bersifat positif walaupun dalam keadaan tertekan.
  12. Meluangkan masa untuk melatih pekerja bawahan.
  13. Membentuk dan mengekal perhubungan yang saling memerlukan dengan pekerja.
  14. Membuat dan meletakkan peraturan yang munasabah

PENYELIA YANG EFEKTIF


Seorang Penyelia yang baik, haruslah mempunyai sifat-sifat yang boleh mendorong kakitangan untuk menjalankan tugas-tugas secara lebih efektif:

  • Sentiasa bersifat positif walaupun didalam keadaan tertekan.
  • Meluangkan masa untuk menujukajar atau melatih kakitangan.
  • Membentuk dan mengekalkan hubungan yang saling perlu memerlukan dengan pelbagai peringkat pekerja.
  • Membuat dan meletakkan peraturan yang munasabah agar semua kakitangan sentiasa patuhi terutama Keselamatan.
  • Bersedia menurunkan kuasa kepada kakitangan bawahan.
  • Membentuk Standard Kualiti yang tinggi dan menunjukkan contoh yang terbaik.
  • Boleh berkomunikasi yang baik dan berkesan.
  • Pemimpin yang membentuk pasukan kerja untuk mencapai produktiviti yang tinggi.




PENYELIA CEMERLANG


PENYELIA

Penyelia adalah individu yang bertanggungjawab secara langsung bagi memastikan pengeluaran produk atau perkhidmatan. Mereka bertindak sebagai penghubung di antara pihak atasan (Pengurusan) dengan kakitangan bawahan (Pekerja). 

Penyelia juga berkebolehan berkomunikasi yang berkesan dan berkebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu atau kumpulan kerja dibawah jagaannya.


PEKERJA

Pekerja adalah merupakan aset yang tiada ternilai kepada organisasi. Bagi mencapai objektif sesebuah organisasi, organisasi perlu memberi perhatian dari segi motivasi dan latihan terhadap pekerja mereka. Pekerja yang berproduktif dan cemerlang adalah pekerja yang bermotivasi tinggi dan sentiasa berpuashati dengan hasil kerja yang dilakukannya. Kejayaan kepada pencapaian visi adalah sangat bergantung kepada pasukan pekerja yang produktif, berkualiti dan bermotivasi tinggi.


PERANAN PENYELIA


Penyelia memainkan peranan penting didalam melaksanakan strategi-strategi operasi pengeluaran ataupun perkhidmatan. Mereka perlu dilengkapkan dengan konsep dan kemahiran-kemahiran supaya mereka dapat bertindak sebagai liason (orang tengah) antara Pihak Pengurusan dengan para pekerja. Dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab seharian, penyelia sentiasa menghadapi isu-isu seperti masalah komunikasi dan perhubungan konflik antara peribadi dan ketidakpuasan hati dikalangan pekerja peringkat bawahan atau Pihak Pengurusan.



PENYELIA YANG BERKESAN SECARA UMUMNYA ADALAH :

  1. Rakan
  2. Penasihat
  3. Pemimpin
  4. Pendorong
  5. Pembimbing
  6. Fasilitator
  7. Kaunselor
  8. Penyelaras
  9. Role Model
  10. Penilai
  11. Modirator (Komunikator)
  12. Penghubung / Perantara
  13. Motivator
  14. Rakan Kongsi
  15. Mentor
  16. Jurulatih
  17. Pembina kumpulan disamping mempunyai kemahiran di dalam mengoptimakan sumber-sumber yang sedia ada kearah mencapai visi dan misi organisasinya