Diantara tugas-tugas Penyelia adalah :
- Sentiasa menitikberatkan keselamatan di tempat kerja dan pekerja.
- Memberi dan menyediakan ilmu pendidikan kesedaran mengenai keselamatan di semua peringkat di dalam organisasi.
- Merancang dan membuat jadual kerja.
- Menyusun kumpulan di dalam organisasi secara keseluruhan.
- Berkongsi perkhidmatan kakitangan dengan pengurusan lain.
- Membuat keputusan di dalam urusan operasi.
- Berkomunikasi pada semua peringkat.
- Boleh buat laporan tugasan dan operasi.
- Membimbing serta kaunseling pada kakitangan bawahan.
- Memberi maklumbalas membina.
- Sentiasa bersifat positif walaupun dalam keadaan tertekan.
- Meluangkan masa untuk melatih pekerja bawahan.
- Membentuk dan mengekal perhubungan yang saling memerlukan dengan pekerja.
- Membuat dan meletakkan peraturan yang munasabah
PENYELIA YANG EFEKTIF
Seorang Penyelia yang baik, haruslah mempunyai sifat-sifat yang boleh mendorong kakitangan untuk menjalankan tugas-tugas secara lebih efektif:
- Sentiasa bersifat positif walaupun didalam keadaan tertekan.
- Meluangkan masa untuk menujukajar atau melatih kakitangan.
- Membentuk dan mengekalkan hubungan yang saling perlu memerlukan dengan pelbagai peringkat pekerja.
- Membuat dan meletakkan peraturan yang munasabah agar semua kakitangan sentiasa patuhi terutama Keselamatan.
- Bersedia menurunkan kuasa kepada kakitangan bawahan.
- Membentuk Standard Kualiti yang tinggi dan menunjukkan contoh yang terbaik.
- Boleh berkomunikasi yang baik dan berkesan.
- Pemimpin yang membentuk pasukan kerja untuk mencapai produktiviti yang tinggi.